Tuesday, November 5, 2013

HT4S TRIP KE CAMERON HIGHLAND (HARI KEJADIAN) 28 SEPTEMBER 2013



Yeah! Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari di mana tayar-tayar Maxxis dan FKR akan menggesek jalan tar sejauh 223 km. 28 September 2013, semua ahli HT4S berkumpul di markas utama, Restoran Bunga Emas, Seksyen 2 Wangsa Maju.

Kehadiran kami disambut bak merpati putih oleh tokey kedai, En. Maiden.

Errr..ini bukan kami..

En. Maiden
Yup...ini kami...kami dah sampai

Ahli-ahli HT4S yang bersemangat tegar telah tiba seawal jam 7.00 pagi. Yang tiba seawal selepas doa solat Subuh pun ada. Sementara menunggu salah seorang ahli (Rizal) tiba, kami bersarapan dahulu di restoran Bunga Emas ini. Menu-menu yang menarik dan hanya satu dalam sebilion kami ratah dengan bacaan bismillah (mintak selamat).
Jarang En. Fizul tak abes makan, tapi sebab excited makan pun tak lalu
Ahli-ahli lain yang sedang meratah makanan
Masih tak menyentuh makanan! Ajaib!!!

Setelah tibanya semua ahli, sesi bergambar bermula. Hampir keseluruhan ahli-ahli HT4S mempunyai pengalaman luas dalam bidang modeling sejak di bangku sekolah lagi. Ye, kebanyakan pengalaman di dalam pejabat Pengetua Sekolah dan gaya yang sering digayakan adalah menonggeng bontot sebelum hayunan lembut batang buluh kecil menghinggap ke tubuh.

Mesti beliau jugak!

Mr. Kedek a.k.a Tok Batin dan mcm2 gelaran lain

Jentera 4 Stroke yang terlibat ...Honda Vs Yamaha

Usha kiri usha kanan

Uncle tu teringin nak join, tapi lesen dah mati

Sambung mamam sebelum bergambar lagi

Kami!!!!

A A A Ali Ali Cafe ..bersama tetamu kehormat Mr. M.J. (Hujung kiri)

Setelah berpeluh ketiak bergambar, sesi safety briefing pun diadakan disusuli dengan doa sebelum memulakan perjalanan.





Selesai bacaan doa ...maka perjalanan impian pun dimulakan. HT4S on the go!!!


Perjalanan awal menyusuri Karak Highway. Encik Rizal dilantik sebagai Marshall di hadapan manakala Marshall belakang pulak Encik Hancai. Gabungan adik beradik yang  bersatu-padu meletop! (walaupun terdapat sedikit kekalutan pada awalnya).

Jalan keluar dari Wangsa Maju

Keceriaan terpampang di wajah En. Wan
Menyusuri Karak Highway
Karak memang tempat feveret bebudak SB ni...
Kelajuan ditetapkan antara 80 hingga 110/j
Selepas sejam perjalanan...sampailah kami di hentian pertama kami iaitu di stesyen minyak Shell di Bentong. Kami berehat sebentar dengan membetulkan kedudukan punggung dan urat-urat saraf. Mana yang nak isi minyak tu isi minyak, mana yang nak buang air tu buang air, mana yang nak sapkok lu tu sapkok lu.

Agak teruja dengan papan tanda ni, so penggambaran diadakan di sini
Team Respol Honda Pamonara ni dah tak sabar nak teruskan perjalanan.
Setelah 15 minit berehat dan setiap tulang dan urat berada dikedudukan yang asal, kami pun meneruskan perjalanan. Next stop adalah pekan Raub.
Ewah...salah seorang rider yg terlebih makan Choki-choki
Rider ni kene diawasi rapat sebelum dia merempuh pintu kaca KFC tu

Kami selalu terkejut dgn kehadiran beliau, ingatkan bogon, rupanya member sendiri
Sampei Raub dah weiii
Kat Raub ni kitorang rehat kejap je...tak lama. Sebab perjalanan dari Bentong ke Raub pun tak jauh. So semua saraf masih dikedudukan yang sempurna.

Rehat jap je...
Dah jalan balik...

Wednesday, October 23, 2013

HT4S TRIP KE CAMERON HIGHLAND (PERSIAPAN) 28-29 SEPT 2013

Setelah rasmi tertubuhnya kumpulan Hubby Teruna 4 Stroke ini, group Whatsapp dan Facebook telah diadakan bagi perbincangan-perbincangan alam maya. Buat masa ini, whatsapp dan FB group masih dalam keadaan dikawal kemasukan ahlinya kerana kami dapat tahu kerajaan Amerika cuba menghantar perisik ke dalam kumpulan HT4S. Maka bermulalah cadangan-cadangan yang agak bernas dan pintar yang kadang-kadang tidak pernah terfikir dan terlintas di dalam otak seekor siamang pun.

Kata sepakat telah dipersetujui, rancangan yang pintar dikemukakan iaitu hijack projek Ayahanda Kedek. Projek asal Ayahanda Kedek iaitu"Projek Mencari dan Memberi Ikan dan Orang Asli Makan"  telah digubah mengikut intonasi dan rentak terkini yang membolehkan semua ahli turut serta. Maka terhasillah "HT4S Trip ke Cameron Highland".

Di suatu malam yang dingin seperti sentuhan jari Emma Maembong dan angin yang bertiup sepoi2 bak nafas si Nora Danish, hamboi!!!... maka bermulalah sebuah mesyuarat yang serius untuk membincangkan persiapan bagi trip yang baru dirancang.

Meeting #1 : Permulaan segalanya di Markas No. 1
Meeting #2 : Meeting kencang di Markas No. 2
Meeting #3 : Meeting penyelarasan di Markas No. 1

Meeting #4 :???? Sorry...salah group...

Setelah beberapa sesi mesyuarat yang dijalankan, setelah penat memerah otak, banyak perkara telah dibincang dan diselesaikan. Antara cabaran yang bakal kami tempuhi adalah :

1) Tiga rider akan bawa isteri bersama (that means double ride)
2) Jurukamera pun akan double ride
3) Ramai rider newbies dalam acara konvoi
4) Tempahan baju dalam jangka masa pendek

Selain daripada tu, tempat tinggal, makan, persediaan motor alhamdulillah berjaya diselesaikan.
Dalam menanti kehadiran hari bahagia tersebut, rider2 HT4S sibuk berbelanja untuk mencantikkan dan mempowerkan jentera masing-masing.

Antara jentera HT4S yang sedang diselenggara

Dek kerana terlampau excited, ramai juga rider yang berbelanja melebihi perbelanjaan persiapan hari raya Aidilfitri. Ada yang beli motor baru, ada yang tukar sproket sampai tiga kali, ada yang beli side mirror potong angin, beli sticker Arai nak tampal kat helmet KHI, yang cuci motor siang malam...pergh...kalau Dani Pedrosa tengok persiapan kitorang ni pun dia rasa nak join kot? Perbelanjaan kos penyediaan jentera sahaja dah sama kos dengan penganjuran MotoGP untuk tiga negara.

Yang suka bergaya tak lepas dari shopping baju, jaket ala ala David Beckham dan Victoria di pusat membeli belah termahal di Asia Tenggara.


Dalam minggu terakhir, persiapan masing-masing masih rancak...hingga ke hari terakhir sebelum trip.

Sehingga tibanya hari yang dinanti-nantikan...hari yang diidam-idamkan ... hari yang dimimpi-mimpikan ...hari itu ... 28 September 2013. Hari itu ..segalanya bermula pada hari itu ...eh ...mcm novel plak...ye...hari itu...haaaa....hari itulaaaaa .....



Bersambung ......


Tuesday, October 22, 2013

Born of Hubby Teruna 4 Stroke ~ The Blog

Selamat datang ke blog dunia permotoran yang paling ceria, gemilang dan tak terbilang di alam realiti ini.

Hubby Teruna 4 Stroke (HT4S) adalah satu kumpulan bermotosikal 4 Lejang yang telah diilhamkan oleh sekumpulan suami dan teruna yang ceria dan sayang akan dunia permotoran. Kumpulan ini wujud sekitar Ogos 2013. Boleh dikatakan masa kami bersama motorsikal masing-masing adalah masa paling indah jika tidak bersama isteri atau kanchik/awek/chikaro/chinggey masing-masing, walaupun hanya ulang-alik ke pejabat masing-masing.

HT4S  berpengkalan di sebuah kawasan Wangsa Maju yang tidak dapat dikesan oleh satelit paling canggih maupun radar ketenteraan PBB. Kadang-kadang, pencawang Maxis atau Celcom juga agak terganggu untuk mengesan kewujudan kami, menjadikan kami kumpulan bermotosikal pertama diklasifikasikan oleh CIA dan FBI sebagai Kumpulan Motorsikal Ghaib Terulung!!

Wajah2 ayahanda terawal yang mengasaskan HT4S
Ayahanda Ken
Ayahanda Kedek
Ayahanda Pijol/Pooh
Ayahanda Meerol
Ayahanda Wan Kacak
Ayahanda Rizal


Ayahanda Fik
Ayahanda Hancai
Ayahanda Man S. Kering


Ayahanda Joe
Cantik bukan? Walaupun muka ahli-ahli terawal ini nampak seperti pembela saka, namun hati mereka mulia bak Cindirella, jiwa halus bak kaca, jika retak mengalirlah air mencurah-curah di pipi ewaaah!!!

Apa fungsi kumpulan ini? HT4S diwujudkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti permotoran yang jauh sekali berbeza dari objektif racer-racer, rempitan dan mat mat motor yang lain. Aktiviti seperti konvoi, teh tarik session semua dijalankan dengan penuh hemah. Yang lebih menarik mengenai kumpulan ini, aktiviti kekeluargaan juga diadakan. Isteri dan anak-anak juga terlibat dalam beberapa aktiviti kami.

3 orang isteri yang join group kami, Ziana, Alin dan Intan


Fenomena kewujudan HT4S memang tidak dapat disangkalkan. Sebaik sahaja selesai aktiviti  pertama kami, ramai peminat dari golongan 2 stroke, superbike, touring bike yang menyatakan hasrat untuk menyertai kami. Alhamdulillah, kewujudan kami disedari ramai pihak. Malah pihak Respol Honda pernah melamar rider kami yakni Man S. Kering untuk bergambar pamonara bersama jentera mereka.

Walaupun asalnya diwujudkan untuk jentera 4-Stroke, kami tidak pernah menolak jika ada jentera kelas lain yang berminat untuk join aktiviti kami. We open to all classes of motorcycle to joint our activities in future.
In shaa Allah ... kumpulan ini akan cuba dikekalkan hingga ke hari tua kami, demi persahabatan dan persaudaraan yang erat.

Errr....rasa...sampai sini dulu kot introduction HT4S ni?

Tangan dah gatal nak pulas throttle ...kaki dah goyang nak tekan gear ...errr...takleh tahan...JOM RIDE!!!