Wednesday, October 23, 2013

HT4S TRIP KE CAMERON HIGHLAND (PERSIAPAN) 28-29 SEPT 2013

Setelah rasmi tertubuhnya kumpulan Hubby Teruna 4 Stroke ini, group Whatsapp dan Facebook telah diadakan bagi perbincangan-perbincangan alam maya. Buat masa ini, whatsapp dan FB group masih dalam keadaan dikawal kemasukan ahlinya kerana kami dapat tahu kerajaan Amerika cuba menghantar perisik ke dalam kumpulan HT4S. Maka bermulalah cadangan-cadangan yang agak bernas dan pintar yang kadang-kadang tidak pernah terfikir dan terlintas di dalam otak seekor siamang pun.

Kata sepakat telah dipersetujui, rancangan yang pintar dikemukakan iaitu hijack projek Ayahanda Kedek. Projek asal Ayahanda Kedek iaitu"Projek Mencari dan Memberi Ikan dan Orang Asli Makan"  telah digubah mengikut intonasi dan rentak terkini yang membolehkan semua ahli turut serta. Maka terhasillah "HT4S Trip ke Cameron Highland".

Di suatu malam yang dingin seperti sentuhan jari Emma Maembong dan angin yang bertiup sepoi2 bak nafas si Nora Danish, hamboi!!!... maka bermulalah sebuah mesyuarat yang serius untuk membincangkan persiapan bagi trip yang baru dirancang.

Meeting #1 : Permulaan segalanya di Markas No. 1
Meeting #2 : Meeting kencang di Markas No. 2
Meeting #3 : Meeting penyelarasan di Markas No. 1

Meeting #4 :???? Sorry...salah group...

Setelah beberapa sesi mesyuarat yang dijalankan, setelah penat memerah otak, banyak perkara telah dibincang dan diselesaikan. Antara cabaran yang bakal kami tempuhi adalah :

1) Tiga rider akan bawa isteri bersama (that means double ride)
2) Jurukamera pun akan double ride
3) Ramai rider newbies dalam acara konvoi
4) Tempahan baju dalam jangka masa pendek

Selain daripada tu, tempat tinggal, makan, persediaan motor alhamdulillah berjaya diselesaikan.
Dalam menanti kehadiran hari bahagia tersebut, rider2 HT4S sibuk berbelanja untuk mencantikkan dan mempowerkan jentera masing-masing.

Antara jentera HT4S yang sedang diselenggara

Dek kerana terlampau excited, ramai juga rider yang berbelanja melebihi perbelanjaan persiapan hari raya Aidilfitri. Ada yang beli motor baru, ada yang tukar sproket sampai tiga kali, ada yang beli side mirror potong angin, beli sticker Arai nak tampal kat helmet KHI, yang cuci motor siang malam...pergh...kalau Dani Pedrosa tengok persiapan kitorang ni pun dia rasa nak join kot? Perbelanjaan kos penyediaan jentera sahaja dah sama kos dengan penganjuran MotoGP untuk tiga negara.

Yang suka bergaya tak lepas dari shopping baju, jaket ala ala David Beckham dan Victoria di pusat membeli belah termahal di Asia Tenggara.


Dalam minggu terakhir, persiapan masing-masing masih rancak...hingga ke hari terakhir sebelum trip.

Sehingga tibanya hari yang dinanti-nantikan...hari yang diidam-idamkan ... hari yang dimimpi-mimpikan ...hari itu ... 28 September 2013. Hari itu ..segalanya bermula pada hari itu ...eh ...mcm novel plak...ye...hari itu...haaaa....hari itulaaaaa .....



Bersambung ......


3 comments: